"Enam mangsa ditemui - semuanya maut,” kata tweet jabatan itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.
"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya dilapor Bernama.
Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.
Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.
Kejadian itu menyebabkan pesakit di wad berkenaan dibawa keluar untuk dipindahkan.
Asap hitam boleh dilihat berkepul di seluruh kawasan yang terjejas.
No comments:
Post a Comment